Showing posts with label My Resepi. Show all posts
Showing posts with label My Resepi. Show all posts

Thursday, 16 June 2016

Resepi Ringkas || Sup Ikan

Inilah resepi sup cara aku yang paling ringkas. hehehe...sebabnye aku kejar mase...Sebelum anak-anak buat perangai or mase tu dorang memang tengah buat perangai, misi aku ialah mesti ada juadah untuk dimakan..maka terciptalah sup ikan nih...


Resepi Sup Ikan Siakap

1 ekor kecil Ikan Siakap(bersihkan)

Bahan-bahan

Tumis
3 ulas bawang merah(hiris)
1 ulas bawang putih(hiris)
1/2 inci halia(ketuk)
4 sekawan

Tambahan
6 cawan air
Garam
Serbuk perasa
Serbuk lada putih
Daun sup

Cara-cara
Tumiskan bahan tumis hingga naik bau(kalau hidung tengah selsema tak leh nak bau ye tak? hikhikhik...tengok la kalau macam dah layu tu kire ok la...)
Masukkan air, biarkan mendidih.
Masukkan ikan. Biarkan mendidih lagi hingga 3 minit.
Tambahkan garam dan bahan perasa. Didihkan lagi hingga 5-10 minit. (mak aku kata, kalau masak ikan lagi lama sikit lagi sedap)
Tengok kuah tu macam dah keruh-keruh sikit tu kire dah cukup masak la tu. Tutup api.
Taburkan serbuk lada hitam dan daun sup.
Sedia untuk dihidang. Siap!


Senang sangatlah. 15 minit je dah siap. hehehe....kan? takde guna bunjut pun sebab namanye pun ringkas...boleh je kalau nak tambah...rasa supnya pon mestilah lebih sedap gitteww...ini memang resepi fav. Seminggu 2 kali mesti buat sup ikan, ganti-gantikan kadang ikan merah/tengiri/kerisi(tapi ni leceh sket sebab banyak sisik dan tulang.tak sesuai tuk anak-anak). Selangkan ngan sup ayam...sup ayam lain sikit ringkasnya. Update lain kali plak...hihihihi...

**Gambo tak sempat snap...len kalilah baru lekat sini




Friday, 28 August 2015

My Resepi || Apam Beras Gebu Gebas Gitew

Rasa-rasa macam dah lama sangat tak buat apam beras yang gebu gebas tu. Resepi apam beras yang  asalnya aku dapat daripada Badariah Delights dan sangat-sangat mudah. Siap buat berniaga lagi...Alhamdulillah customer suke...

Aku malas nak potong-potong (biasa kan orang letak dalam loyang pastu potong) sebab tu la aku masuk dalam acuan siap-siap...Kuar terus hidang or kuar trus ngap! Heheheheee...

Resepi ni dah lama aku 'perap' dalam pc...hari ni aku share...kongsi-kongsi resepi...best...meh cuba!

Apam Beras Gebus Gebas
nampak gebus kan???bukan nampak jer...memang gebu pun...tak caya, cubalah...


APAM BERAS

Bahan – bahannya :
Bahan A
•  1 3/4 cawan gula
• 2 cawan nasi
• 2  1/2 cawan air
• pewarna

Bahan B

• 2 cawan tepung gandum (diayak)
• 2 cawan tepung beras
• 1 sudu kecil yis (mauripan)

Bahan Tambahan

• kelapa parut dgn sedikit garam


Cara-cara :


1. Blendkan Bahan A(masukkan pewarna kemudian jika mahukan warna-warni).
2. Dalam bekas lain, satukan Bahan B.
3. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B dan kacau sehingga sebati.
4. Tutupkan (seeloknya dengan kain lembap) dan perapkan  selama 3 jam.
5. Adunan akan naik sekali ganda, masukkan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit.
6. Sejukkan dan hidangkan dengan Bahan Tambahan.

**Pastikan pengukus dibalut dengan kain untuk mendapat permukaan apam yang licin. Tujuan balutan kain adalah untuk menghalang air wap dari menitik ke atas kuih yang dikukus.


**Jumlah apam yang terhasil adalah bergantung kepada saiz acuan yang digunakan…kalau yang saya buat ni dapat 50-60 biji bagi satu adunan…(^_^)

Ini sebelum dikeluarkan dari acuan...pon saya nak tayang juge...hehehe...

Thursday, 11 June 2015

My Resepi || Ayam Masak Lemak Kuning

Harini terlebih rajin plak nak update kan... So, aku nak share resepi paling mudah... Sebab aku ni malas nak renyah-renyah...Buat jelah yang simple-simple...Sesuai untuk seisi keluarga...


Yummy... || Ayam Masak Lemak Kuning

Ayam Masak Lemak Kuning

1/2 Ekor Ayam (dibersihkan)

Bahan Kisar
5 ulas bawang Merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit

Bahan Lain
Minyak untuk menumis
Sebatang Serai
2 Cawan Santan
2 biji Tomato
2 biji Kentang (belah 4, goreng)
Cili api (diketuk)

Cara Penyediaan 
1. Lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Gorengkan sekejap. Ketepikan.
2. Tumis bahan kisar hingga masak(ada bau-bau wangi bawang digoreng)
3. Masukkan santan dan kacau hingga menggelegak. (Gunakan api perlahan, jangan guna api kuat. Kalau santan pecah nanti tak sedap dah)
4. Masukkan ayam, serai, kentang dan tomato.
5. Renihkan kejap. Siap!
6. Tambahkan cili api yang diketuk jika ingin pedas.

Haaaaa....dah cakap dah...senang aje tu kan....


Friday, 13 March 2015

Resepi Best || Kek Coklat Moist Dengan Topping Coklat

Pepagi dah meroyan tengok gambo kek...aduiii...dah lame tak buat nih...tekak dah teringin...resepi ni aku olah dari internet...sumber pelbagai...aku susun ikut senang aku nak ready bahan and buat kek...senang sangat-sangat...semua orang boleh buat...even kakak aku yang memang malas nak buat katenye...pon boleh buat...hehehe...gara-gara anak-anak die rajin membaking macam aku...hewhewhew...jom kongsi ilmu dan resepi...layanzzz....

ini kek raya haji tahun lepas bawak g uma mertua || nice sangat


KEK COKLAT MOIST DENGAN TOPPING COKLAT

Bahan A (masak dengan api sederhana hingga sebati & sejukkan)
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan minyak/mentega cair
1 cawan susu cair/air panas
½ cawan susu pekat

Bahan B (dipukul sikit)
Telur 2 biji

Bahan C (ayak)
1 ¼  cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Topping (double boiling-masak atas air mendidih)
1 ½  cawan coklat masakan
1 sudu mentega
1 cawan whipping cream/ susu segar
1 sudu gula (utk kurgkan rasa pahit coklat)

Penyediaan
       Campurkan bahan A, bahan B dan bahan C.
       Kukuskan selama 15-20 minit.
       Sejukkan dan letak topping.
 Tabur hiasan ikut kesukaan masing-masing.
(Kalau tak nak letak bahan B pun boleh juga)

Note: Bakar boleh....kukus pon boleh...(^_^)
Sukatan gunakan cawan/sudu metrik ye...barulah tepat...

Meh la pakat buat kek coklat...simpan dalam peti ais lagi feeling rasa die...hmmm...nyum...nyum...




Thursday, 23 January 2014

rESePi aPAm BeRAs

Ini percubaan pertama yang aku buat... Resepi apam beras ni aku dapat daripada Badariah Delights dan sangat-sangat mudah. Siap buat berniaga lagi...Alhamdulillah customer suke...

Aku malas nak potong-potong (biasa kan orang letak dalam loyang pastu potong) sebab tu la aku masuk dalam acuan siap-siap...Kuar terus hidang or kuar trus ngap! Heheheheee...

nampak gebus kan???bukan nampak jer...memang gebu pun...tak caya, cubalah...


APAM BERAS

Bahan – bahannya :
Bahan A
•  1 3/4 cawan gula
• 2 cawan nasi
• 2  1/2 cawan air
• pewarna

Bahan B

• 2 cawan tepung gandum (diayak)
• 2 cawan tepung beras
• 1 sudu kecil yis (mauripan)

Bahan Tambahan

• kelapa parut dgn sedikit garam


Cara-cara :


1. Blendkan Bahan A(masukkan pewarna kemudian jika mahukan warna-warni).
2. Dalam bekas lain, satukan Bahan B.
3. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B dan kacau sehingga sebati.
4. Tutupkan (seeloknya dengan kain lembap) dan perapkan  selama 3 jam.
5. Adunan akan naik sekali ganda, masukkan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit.
6. Sejukkan dan hidangkan dengan Bahan Tambahan.

**Pastikan pengukus dibalut dengan kain untuk mendapat permukaan apam yang licin. Tujuan balutan kain adalah untuk menghalang air wap dari menitik ke atas kuih yang dikukus.


**Jumlah apam yang terhasil adalah bergantung kepada saiz acuan yang digunakan…kalau yang saya buat ni dapat 50-60 biji bagi satu adunan…(^_^)

Ini sebelum dikeluarkan dari acuan...pon saya nak tayang juge...hehehe...

Friday, 21 October 2011

sERuNDinG dAGiNg (nASi aMBeNG)

Sebenarnya ade org tak letak daging...tapi aku suke ade daging...barulah nyum!nyum! maka aku post kan la resepi yang ade daging...masak serunding daging versi menyerupai masak daging/ayam ungkep...cume bezanya yang ni ade kelapa...itu jer...hehehe...

ini baru separuh masak setelah air kering...
teruskan kacau sampai kaler nyer bertukar keperangan..dan betul2 garing...


Serunding Daging

Bahan A
1kg daging
1 1/2biji kelapa parut
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak
Air secukupnya
Serai

Bahan B(kisar)
15 ulas bawang merah / 8 ulas bawang besar
7 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit
Secawan ketumbar
3sudu jintan

Penyediaan
1.       Potongkan daging ikut saiz sesuai.
2.       Kisarkan bahan B hingga hancur. Kemudian gaulkan daging daging bersama kelapa parut. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
3.       Panaskan minyak (agak-agak dgn daging tadi) dan masukkan daging dan serai, gorengkan dalam 5minit. Kemudian masukkan air (agak2 untuk melembutkan daging) tutup dan biarkan mendidih (dalam 45 minit hingga sejam, jika air kering tambahkan lagi). Bila daging mcm dah lembut, keringkan (kacau jgn ditinggalkan nnt hangus pulak...) hingga garing.
4.       Siap untuk dihidangkan.

* guna kelapa parut yang muda lagi sedap sebab lemak je rasa nyer tu...

Wednesday, 19 October 2011

MeE gOReNG (nASi aMBeNG)

Yang ni pulak mee goreng yang biasanya dicampur sekali dalam nasi ambeng (sambal goreng,serunding,ikan masin,ayam kicap/goreng,tahu&tempe goreng)...lain org lain versi nye dan ini mmg aku cedok dari mak sebab dari kecik aku dah biasa makan ni jadi aku rase ini yang paling best!makan panas-panas mmg A!=)



hehehe...yang pon gambo dalam kuali gak...comot je...

Mee Goreng

Bahan A
1kg mee kuning
Lada putih
Daun sup
Taugeh

Bahan B
8 ulas bawang besar (hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
Segenggam ikan bilis (tumbuk)
3 sudu udang kering (tumbuk)

Bahan Lain
Kicap
Gula
Serbuk perasa

 Penyediaan
1.       Taburkan lada putih pada mee kuning dan ketepikan.
2.       Tumiskan bahan B hingga layu, perasakan secukupnya kemudian masukkan mee kuning dan tuangkan kicap secukupnya (jgn hitam sgt.agak-agak saje) sambil dikacau. Masukkan juga taugeh dan daun sup.
3.       Gaulkan atas api sederhana dalam 5-10minit
4.       Siap untuk dihidangkan.

senang kan?silalah cube...=)

sAmBaL gOReNG (nASi aMBeNG)

Suke aku nak mulakan blog aku ni dengan resepi kegemaran keluarga aku...=) teringat masa puasa haritu husband jemput kekwn opis dtg berbuka dan aku buatkan juadah ni sebagai hidangan. sebenarnya buat ni tak pernah sukat pon, main campak-campak aje tapi request dari opismate jadi aku pon coretkan la sebagai panduan ringkas...dengan ini boleh la kongsikan sekali kalau-kalau ade yang nak mencube sambal goreng jawa versi mak aku...

ni la gambarnye yang aku sempat snap (masih dalam kuali lg...hehehe...)

Sambal Goreng

Bahan A
4 keping tempe (potong sederhana nipis dalam saiz 2cm)
4 keping tauhu (potong dadu kecil)
3 keping tauhu kering (gunting kecil 1cm)
4 biji kentang (potong 4 dan hiris nipis)

Bahan B
10 biji cili api (tumbuk)
8 biji cili kering (gunting halus dan rendamkan sekejap)
6 biji lada merah (hiris)
6 biji lada hijau (hiris)
7 ulas bawang besar (hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
Segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)
3@4 sudu udang kering (tumbuk kasar)
10 ekor udang

Bahan Lain
Segenggam soh hoon (rendam sekejap)
2 cawan santan sederhana cair
Kicap
Garam
Gula
Serbuk perasa

Penyediaan
1.      Gorengkan bahan A satu persatu dan asingkan.
2.       Tumiskan bahan B hingga layu, masukkan santan (agak-agak bahan tumis tadi tenggelam shj). Kemudian perasakan dengan serbuk perasa, garam, gula dan kicap (agak-agak je jgn hitam sgt). Tunggu hingga mendidih dan masukkan semua bahan A yang telah digoreng tadi dan soh hoon. Kacaukan kesemua bahan dengan api sederhana perlahan sehingga santan kering.
3.       Siap untuk dihidangkan.

itu ajer...selamat mencube...!!!

 
Images by Freepik