Friday 8 November 2013

teRiMA kAsiH TAskA NuRAn SaFWA!

budak ini demam...tapi masih cergas...

Alhamdulillah...syukur bila teacher ngadu mengenai hal ini : "kak, bagus azeyan ni...budak lain, kalau saya beritahu parents mereka dah datang nak ambil...terus je berlari tinggalkan barang mainan...tapi azeyan ni lain...dia ambil mainan yang dia guna g simpan dulu baru meluru lari ke pintu cari ibu dia..." Lega rasanya hati ini bile dengar teacher cakap macamtu... tak putus-putus la aku ucap terima kasih kat teacher...sedikit sebanyak, pengajaran yang dia dapat adalah di sekolah jugak...

masa parents ngan anak-anak masa kini bukan lagi macam dulu...ibu bapa kini kebanyakannya adalah bekerja. Waktu bekerja sehari adalah lapan jam. plus minus waktu pergi dan pulang adalah hampir 12jam...tolak waktu tidur, maka masa bersama anak-anak tinggal 3-4jam sahaja...jadi, aku rasa sangatlah bertanggungjawab untuk mendapatkan taska dengan persekitaran yang betul-betul sesuai ngan anak aku...bila anak rasa selesa, dia akan seronok...bila dia seronok...kami sebagai ibu bapa berasa lega... 

wlupun taska bukanlah gantian bagi ibu bapa yang bekerja...syukur alhamdulillah jika tempat itu bukanlah tempat yang menyeramkan(lebih seram sebab kerapkali dengar penderaan kanak-kanak di taska pada waktu kini) sebenarnya NURAN SAFWA di Bandar Saujana Putra ni adalah lebih kepada pusat jagaan kanak-kanak dan transit bagi yang bersekolah. wlupun teacher nya cuma dua orang, tapi aku meletakkan kepercayaan yang tinggi pada mereka ni...

aku ada rasa bangga juga bila taska asalnya ada masalah dalaman, teacher yang dua orang ni sangat tabah dan cekal dalam mengharungi dugaan Nya. aku doakan mereka berjaya sebab aku nampak mereka bersungguh mempertahankan hak ibu bapa yang hantar anak kat situ...tapi di aniaya oleh pemilik asal taska tu. alhamdulillah, selepas hampir 4bulan...mereka nampak stabil...anak muda yang mempunyai cita-cita dan semangat yang tinggi...semoga mereka terus berjaya...

anak aku tak pernah meragam bila pergi taska...bila balik pun happy jer...mood sentiasa baik...hari-hari teacher laporkan apa dia buat...aku sangat-sangat bersyukur sebab mereka bertanggungjawab dengan tugas mereka...semoga mereka berjaya dapatkan lesen yang sah...(mereka masih dalam proses pendaftaran dengan pihak berwajib...)



 
Images by Freepik