Tuesday 31 March 2015

My Life || Anak Aku Banyak Cakap


budak baik yang tak reti dok diam (^_^)
Alhamdulillah, tamat sudah 3 bulan Q di Tadika Little Caliphs...moga-moga bulan-bulan yang berikutnya adalah lebih baik buatmu wahai anak.

Perkembangan terkini selepas 3 bulan tu, sangat-sangat positif.
1. Sudah hafal seluruh bacaan dalam solat
2. Hafal lagu tadika (i am litle khalifah...i am khalifah of Allah...)
3. Hafal doa makan beserta makna in English

Ini adalah perkara-perkara basic yang mungkin juga di ajar di tadika-tadika lain. Sebagai seorang ibu, aku bersyukur sebab aku tahu yang anak aku leh ikut dan follow arahan dari teacher die. Boleh belajar dan mahu belajar pada usianya 3 tahun 4 bulan. Hehehe...tapi kalau ikut tahun, ini tahun ke 4 die lah...(konon-konon still nak cakap anak aku masih 3 tahun...hewhewhew...) 

Semalam Q demam and ikut aku masuk ofis sampai balik. Sesuatu yang aku perasan seminggu dua ni ya Allah...anak aku nih banyak nye cakap...aduiii...sepatah orang tanye, sepuluh patah die jawab. Tapi lain orang tanye, lain pulak yang di jawab. Hehehee...pon boleh laaaa...gen mana pulak lah yang di bawaknye ni, aku pon konfius...

Las week call mak (nyai a.k.a nenek) dan macamtu la reaksi dia sampai mak dan abah terkedu dengar die berceloteh. Aku pon sama terkedu. Mak tanya dah makan ke? Die jawab dah and bla...bla...bla... termasuk al-kisah kami g pasar lampu ( pasar malam- padahal kami pegi tu minggu sebelumnya) kihkihkihkihkih....

Syukur tak terhingga...Allah beri nikmat anak-anak dengan pelbagai keletah. Buat mereka yang masih belum dikurnia anak, bersabarlah dan terus bersabar. Percaya Allah, Dia telah tetapkan yang lebih baik buat anda. Mungkin lambat, mungkin tiada... tetap percaya Allah... anda ada rezki lain, yang orang lain tiada. Aamiin...Aamiin...Aamiin...

Friday 20 March 2015

TAZKIRAH || Sombong ~ Makna, tanda-tanda dan hukum

Kite share sket tazkirah yang aku dengar dalam kete semalam. Dalam surah Luqman, ayat 18 :


Ayat di atas memetik pasal sikap sombong manusia...
Jom tengok ape makna sombong tu. Ni aku dapat di PRPM@DBP Malaysia

sombong ~ menghargai diri sendiri dgn berlebih-lebihan; tinggi hati; bongkak;

HUKUM SOMBONG || Rujuk sini
Sombong haram hukumnya dan termasuk dosa besar.
   

TANDA-TANDA SESEORANG ITU SOMBONG

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.

2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.

3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.

4. Memandang hina pada golongan bawahan.

5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.

7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.

8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.

9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpat-umpat.

10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.

11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.

12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.

13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.

16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.

17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.

19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.

20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.

21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.

23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.

26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.
 
Senarai tanda-tanda, riak-riak atau sikap-sikap di atas sudah cukup jelas untuk kita dapat mengenali sifat sombong ini. Bila sudah dikenal pasti ertinya memudahkan kita mengatasi atau mencabut sifat keji ini.

Kredit : AkuDanSpora untuk senarai tanda-tanda di atas. 

Astaghfirullahal'azim...Na'uzubillahiminzalik...
Muhasabah diri  sendiri di pagi Jumaat nih...Baru aku sedar, kadangkala aku lupa diri juge...Moga tazkirah pagi ni bermanfaat kepada ramai orang dan terutamanya aku sendiri ah...huhuhu... 
 

Friday 13 March 2015

Resepi Best || Kek Coklat Moist Dengan Topping Coklat

Pepagi dah meroyan tengok gambo kek...aduiii...dah lame tak buat nih...tekak dah teringin...resepi ni aku olah dari internet...sumber pelbagai...aku susun ikut senang aku nak ready bahan and buat kek...senang sangat-sangat...semua orang boleh buat...even kakak aku yang memang malas nak buat katenye...pon boleh buat...hehehe...gara-gara anak-anak die rajin membaking macam aku...hewhewhew...jom kongsi ilmu dan resepi...layanzzz....

ini kek raya haji tahun lepas bawak g uma mertua || nice sangat


KEK COKLAT MOIST DENGAN TOPPING COKLAT

Bahan A (masak dengan api sederhana hingga sebati & sejukkan)
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan minyak/mentega cair
1 cawan susu cair/air panas
½ cawan susu pekat

Bahan B (dipukul sikit)
Telur 2 biji

Bahan C (ayak)
1 ¼  cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Topping (double boiling-masak atas air mendidih)
1 ½  cawan coklat masakan
1 sudu mentega
1 cawan whipping cream/ susu segar
1 sudu gula (utk kurgkan rasa pahit coklat)

Penyediaan
       Campurkan bahan A, bahan B dan bahan C.
       Kukuskan selama 15-20 minit.
       Sejukkan dan letak topping.
 Tabur hiasan ikut kesukaan masing-masing.
(Kalau tak nak letak bahan B pun boleh juga)

Note: Bakar boleh....kukus pon boleh...(^_^)
Sukatan gunakan cawan/sudu metrik ye...barulah tepat...

Meh la pakat buat kek coklat...simpan dalam peti ais lagi feeling rasa die...hmmm...nyum...nyum...




Thursday 12 March 2015

Shaklee || Mighty 3 Gems / Set Berpuasa

Al-kisah di pagi hari yang hening...bertenaga dan bersemangat gittewww...dengan shawl baru...ngeh...ngeh...ngeh...tapi bukan nak citer pasal shawl...nak citer pasal sahur...biasa sahur mesti nasi...sekarang dah cuba altenatif lain memandangkan aku adalah seorang ibu yang bekerja...semua nak cepat...lagipon sebagai bonus, inilah diet terbaik bagi aku!!!

Mighty 3 Gems from shaklee : aku suke!
Tadaaaa...ini die...produk shaklee lagi...mesti ada yang bosan bile sebut pasal shaklee...heheheheee...aku tak marah pon...sebab dulu aku pon camtu...ini saje je nak share benda baik...barang baik...di musim-musim panas kering macamni, dengan nak ganti puasa yang menimbun tu, seharusnya aku memerlukan sesuatu tenaga/makanan tambahan supaya aku tak dehidrat etc.

Mungkin pada zahirnya orang akan kata, 'same je makan nasi or makan suplemen, at last tetap terasa lapar'. Betul...itu memang tak salah. Tapi keperluan makanan tambahan untuk tubuh badan, kita tak nampak. Itulah tenaga tambahan yang diserap dengan pengambilan set kat atas tu...aku panggil energy booster je...Kalau bulan ramadan memang meletop-letop SID akan promosi set ni. Sebabnye, set ni adalah altenatif terbaik okey...

Ini baru bulan Jamadil Awal tapi aku dah sibuk citer pasal puasa? hehehe...memang la...sebab ramadan tahun lepas aku berpantang...makanya memang jenuh la nak mengganti...ok, jom share agak-agak sape yang perlukan Mighty 3 Gems ni terutama ketika puasa?




Eh???aku ni dah macam promote barang lak kan...hikhikhikhik...aku memang SID...tapi lebih kepada makan sendiri. Sebabnya aku tak bape reti nak promote-promosi nih...tapi kalau nak share benda-benda baik nih memang okey sangat. 

Performance : Minuman isotonik || Membantu mengekalkan bendalir dalam tubuh

ESP& Mealshakes : Minuman Berasaskan Soya || Kenyang, boost milk, protein

Banyak plak nak citernye kan. Itu serba sedikit yang aku tahu la. Harga? 

Retail Price :
Performance RM82.50 (539g)
Meal Shakes RM113.75 (544g)
ESP RM150.00 (850g)

 
Nampak macam mahal kan? Kenapa mahal? Dah tentu la sebab bahan-bahan yang digunakan adalah yang terbaik dan berkualiti tinggi. Sama la macam contohnya : Myvi 1.3 dan 1.5 kenapa beza harga sedangkan ia adalah jenama dan bentuk serta nama yang sama? Dah tentulah ada bezanya kan? Bukan saja-saja mereka jual harga mahal...(^_^)

Kalau nak sembang Shaklee boleh je...tak semestinye kena beli...sharing is charing...


Tuesday 10 March 2015

PAP Smear | Saya sudah, anda bagaimana?

 
 ini contoh gambar bagi prosedur pap smear : ihsan gambar dari pakcik google



Hari ni nak citer pasal pap smear.hmmm...anak dah 2 baru ada kekuatan nak g test. Hehehe...aku yakin dan pasti yang kebanyakan ibu-ibu kat malaysia ni punyai rasa yang sama macam aku. 1st takut (ntah ape yang ditakutkan pun tak tahu) 2nd segan (ini sebenarnya yang utama)...kaaannn...

kihkihkih...jangan nak tipu...rata-rata kawan-kawan yang aku tanya, itulah jawapannya...

Penting yer wahai ibu-ibu untuk buat test ni. Jangan risau, sekejap je...cuma malu tu yang lebih...sebenarnye bila ade rasa malu tu makne nye kita normal ye tak?hihihi...pelik tu kalau tak malu...

Kononnye dulu nak test lepas bersalin anak 1st. Tapi takde kekuatan. Setiap kali gi checkup anak, mesti tanya nurse pasal pap smear. Pastu bile dah pindah umah, sibuk call KK putrajaya sebab dekat dengan opis so macam senang sikit nak pegi. Tanya itu ini macam esok nak test! hahahaaa...propa okey...takde maknenye...akhirnya preggy anak 2nd... 

al-kisah di hospital serdang, mase nak deliver baby tu pakar O&G pesan berkali-kali dengan tegas supaya aku buat test ni dan juge ibu-ibu lain...dari situlah aku tahu memang ia SANGAT-SANGAT penting...alhamdulillah...dah lepas pun...macam ape je rasa...berdebar-debar macam nak g exam hokeyy...now, tengah tunggu result...moga-moga tiada apa yang pelik...moga aku sihat-sihat aje... :)

Kalau tak konfiden nak g tu...telefon lah dulu KK berdekatan untuk kepastian jadual dsb. Atau g je klinik swasta-kawan  kate RM 25 je untuk pap smear(katenye laaa...) 

ini aku share kan maklumat (aku copy & paste) dari laman web http://myservik.gov.my 

BACA ni tau! info yang sangat berguna...(^_^)

Pap Smear


  • merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.
Adakah ujian itu menyakitkan?
  • Tidak menyakitkan.
  • Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.
Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.
Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.
Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?
  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan.
  • Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
Bilakah saya mendapat keputusannya?
  • Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
  • Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.
Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
  • Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.
Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)
Apakah makna keputusan tersebut?
  • Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
  • Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
  • Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
    • Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
    • Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
    • Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
  • Apa yang patut dilakukan seterusnya :
    • Rawatan susulan
    • Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
    • Jalani pemeriksaan kolposkopi
Apakah itu kolposkopi?
  • Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
  • Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
  • Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  • Kurang menyakitkan.
  • Sesetengah orang merasa tidak selesa.
  • Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
  • Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
  • Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
  • Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Rujukan.
  • Ministry of Health, 2002. National Cancer Registry Report
  • Ministry of Health, 2002. Annual Report
  •   Ministry of Health, 2003. Clinical Practice Guidelines - Management of Cervical Cancer




 
Images by Freepik