Thursday 16 June 2016

Resepi Ringkas || Sup Ikan

Inilah resepi sup cara aku yang paling ringkas. hehehe...sebabnye aku kejar mase...Sebelum anak-anak buat perangai or mase tu dorang memang tengah buat perangai, misi aku ialah mesti ada juadah untuk dimakan..maka terciptalah sup ikan nih...


Resepi Sup Ikan Siakap

1 ekor kecil Ikan Siakap(bersihkan)

Bahan-bahan

Tumis
3 ulas bawang merah(hiris)
1 ulas bawang putih(hiris)
1/2 inci halia(ketuk)
4 sekawan

Tambahan
6 cawan air
Garam
Serbuk perasa
Serbuk lada putih
Daun sup

Cara-cara
Tumiskan bahan tumis hingga naik bau(kalau hidung tengah selsema tak leh nak bau ye tak? hikhikhik...tengok la kalau macam dah layu tu kire ok la...)
Masukkan air, biarkan mendidih.
Masukkan ikan. Biarkan mendidih lagi hingga 3 minit.
Tambahkan garam dan bahan perasa. Didihkan lagi hingga 5-10 minit. (mak aku kata, kalau masak ikan lagi lama sikit lagi sedap)
Tengok kuah tu macam dah keruh-keruh sikit tu kire dah cukup masak la tu. Tutup api.
Taburkan serbuk lada hitam dan daun sup.
Sedia untuk dihidang. Siap!


Senang sangatlah. 15 minit je dah siap. hehehe....kan? takde guna bunjut pun sebab namanye pun ringkas...boleh je kalau nak tambah...rasa supnya pon mestilah lebih sedap gitteww...ini memang resepi fav. Seminggu 2 kali mesti buat sup ikan, ganti-gantikan kadang ikan merah/tengiri/kerisi(tapi ni leceh sket sebab banyak sisik dan tulang.tak sesuai tuk anak-anak). Selangkan ngan sup ayam...sup ayam lain sikit ringkasnya. Update lain kali plak...hihihihi...

**Gambo tak sempat snap...len kalilah baru lekat sini




Wednesday 20 April 2016

Lelah Dengan Sikapmu

Tika dan saat aku lelah melayan karenah 'dia' dalam urusan kerja harianku, aku berdoa kepada-Nya. Dengan doa dan harapan agar aku dijauhkan dari orang yang memberi susah kepada aku. Agar aku lebih ikhlas dalam melaksanakan tugas hakiki yang aku dipertanggungjawabkan. Alhamdulillah, doaku telah termakbul. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendengar. 

Namun disebalik kegembiraan aku meraikan ketiadaan 'dia' dalam kamus 'kerja'ku, sahabatku pula yang menanggung beban tugas yang sama aku pernah lalui dulu...Malah lebih berat, berat mata memandang berat lagi menanggung rasa. Benar sahabat, aku mengerti...Aku pernah berada di'kasut'mu...

Kini doaku, pergilah engkau ke tempat kerja yang lebih sesuai dengan dirimu. Yang lebih 'pantes' dengan personalitimu. Atau lebih baik kamu lanjutkan sahaja pendidikanmu ke peringkat yang lebih tinggi, agar kau tidak menyusahkan kami di sini. Bebanan tugasmu, insan lain yang galas tanpa kau hargai...Tekanan yang dilalui tidak pernah kau dalami...Apakah sebenarnya engkau ini??

Setelah apa yang berlaku, aku berfikir sejenak....Dia Yang Maha Kuasa...Dia Yang Maha Mendengar...Setelah Dia memakbulkan doamu, engkau minta pula yang lainnya. 
'Nikmat yang mana yang telah engkau dustakan?'

Friday 28 August 2015

My Resepi || Apam Beras Gebu Gebas Gitew

Rasa-rasa macam dah lama sangat tak buat apam beras yang gebu gebas tu. Resepi apam beras yang  asalnya aku dapat daripada Badariah Delights dan sangat-sangat mudah. Siap buat berniaga lagi...Alhamdulillah customer suke...

Aku malas nak potong-potong (biasa kan orang letak dalam loyang pastu potong) sebab tu la aku masuk dalam acuan siap-siap...Kuar terus hidang or kuar trus ngap! Heheheheee...

Resepi ni dah lama aku 'perap' dalam pc...hari ni aku share...kongsi-kongsi resepi...best...meh cuba!

Apam Beras Gebus Gebas
nampak gebus kan???bukan nampak jer...memang gebu pun...tak caya, cubalah...


APAM BERAS

Bahan – bahannya :
Bahan A
•  1 3/4 cawan gula
• 2 cawan nasi
• 2  1/2 cawan air
• pewarna

Bahan B

• 2 cawan tepung gandum (diayak)
• 2 cawan tepung beras
• 1 sudu kecil yis (mauripan)

Bahan Tambahan

• kelapa parut dgn sedikit garam


Cara-cara :


1. Blendkan Bahan A(masukkan pewarna kemudian jika mahukan warna-warni).
2. Dalam bekas lain, satukan Bahan B.
3. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B dan kacau sehingga sebati.
4. Tutupkan (seeloknya dengan kain lembap) dan perapkan  selama 3 jam.
5. Adunan akan naik sekali ganda, masukkan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit.
6. Sejukkan dan hidangkan dengan Bahan Tambahan.

**Pastikan pengukus dibalut dengan kain untuk mendapat permukaan apam yang licin. Tujuan balutan kain adalah untuk menghalang air wap dari menitik ke atas kuih yang dikukus.


**Jumlah apam yang terhasil adalah bergantung kepada saiz acuan yang digunakan…kalau yang saya buat ni dapat 50-60 biji bagi satu adunan…(^_^)

Ini sebelum dikeluarkan dari acuan...pon saya nak tayang juge...hehehe...

Monday 15 June 2015

My Life || My Experience On TV

Belek-belek gambo terjumpe gambo lame...Bukan la terlalu lame tetapi cukup lame la untuk dikenang...Sebab pengalaman macamni bukan semua orang dapat merasa, so aku rasa aku cukup bertuah kerana ada peluang. Dan paling berharga sekali ialah aku bersama mak mertua together gather gittew 'masuk tv'. Malangnye tiada kenangan yang tu kerana encik suami takmo masuk dalam set sekali mase tu....maka tiada la 'buktinye' kami di sana....

Yani On tv...ngeh...ngeh...ngeh...
Hehehehe....gambo ni pon jadilah...satu-satunya yang aku ada. Itu pon kawan aku tolong snap....die tengok dari rumah. Thank you ya frens...glemer jap ye uolls...lepas dari rancangan tu bile aku balik kampung memang femes giler aku kejap mase tu...dah macam retis jugak kan...orang kampung tumpang rasa bangga (padahal kejap je pon kuar tv...hewhewhew)

Alkisahnya aku follow FB WHI ni. Tetibe aku  tertarik produser kate sesape ade kisah tentang menantu n mertua boleh hantar emel...aku pon try la gatal tangan send...alahai aku citer biasa-biasa je lagipon memang aku sorang je pon menantu. Tup!tup! produser tu call kate emel aku terpilih...aik? betul ke nih??Lepas bagi tarikh suh hadir bawak mertua sekali....so, jadilah tetamu jemputan kejap untuk siaran WHI episod 323 tahun 2012. 

MIL aku memang sangat sproting, ibu kepada suami aku memang aku anggap ibu kedua dalam hidup aku selepas mak. Mak is my only one n always be my mom ever after. Tiada ganti. But since i'm married, maka wujudlah satu lagi hubungan yang takkan terpisah hingga akhirat juge iaitu ibu bapa mertua. So, pada usia perkahwinan yang belom cukup lama ni, masih banyak perkara yang aku kena belajar dengan beliau.


Friday 12 June 2015

My Ladies || Pengenalan

Hari ini nak open sket cerita pasal komuniti ladies tempat aku tinggal. Kejiranan wanita/kaum ibu dikumpulkan melalui group wassap. Now, dah berkembang kepada group FB selepas 4x perjumpaan. Alhamdulillah...aku rasa sangat-sangat happy sebab percubaan aku berjaya! yeaayy!!!
Layan gambar jelah k...(^_^)

Pinki-pinki gitew kan...tengok muke memasing asik nak menggosip...hehehe...

Selepas 4 Perjumpaan

Join venture untuk program Jom Kayuh! 2015

Perjumpaan kedua

Perjumpaan Ketiga

Ok layan gambo aku simpan sebagai kenangan dekat sini...Happy...akhirnya jiran-jiranku bertemu berkenalan bermesra dan bersatu dalam group wassap...lalu membawa kepada beberapa perjumpaan...Alhamdulillah....ukhuwahfillah abadan abada...

Thursday 11 June 2015

My Resepi || Ayam Masak Lemak Kuning

Harini terlebih rajin plak nak update kan... So, aku nak share resepi paling mudah... Sebab aku ni malas nak renyah-renyah...Buat jelah yang simple-simple...Sesuai untuk seisi keluarga...


Yummy... || Ayam Masak Lemak Kuning

Ayam Masak Lemak Kuning

1/2 Ekor Ayam (dibersihkan)

Bahan Kisar
5 ulas bawang Merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit

Bahan Lain
Minyak untuk menumis
Sebatang Serai
2 Cawan Santan
2 biji Tomato
2 biji Kentang (belah 4, goreng)
Cili api (diketuk)

Cara Penyediaan 
1. Lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Gorengkan sekejap. Ketepikan.
2. Tumis bahan kisar hingga masak(ada bau-bau wangi bawang digoreng)
3. Masukkan santan dan kacau hingga menggelegak. (Gunakan api perlahan, jangan guna api kuat. Kalau santan pecah nanti tak sedap dah)
4. Masukkan ayam, serai, kentang dan tomato.
5. Renihkan kejap. Siap!
6. Tambahkan cili api yang diketuk jika ingin pedas.

Haaaaa....dah cakap dah...senang aje tu kan....


My Kids || Displin vs Anak || Ibu & Abah

Ini cerita aku...saje nak sharing...

Seawal mana nak displinkan anak? Bagi aku sendiri memanglah seawal mungkin. Tak ingat pulak bila aku mula training Qistina, tapi aku rasa sejak dia mula bercakap (setahun or setahun setengah camtu). Alhamdulillah, hari ini my little princess Qistina sudah pon hampir 4 tahun. Dan diusia ini jugaklah dah banyak perkara yang dia serap...Biarpon yang baik mahupun yang buruk...Jangan salahkan sesiapa andai si anak membawa perangai 'buruk' balik rumah...Ingatlah bahawa ini adalah proses pembelajaran bagi si cilik dan proses pengajaran buat si ibu dan bapa. Bila ada perkara baik dan buruk, di situlah peranan ibu bapa untuk tackle si anak macamana nak tangani situasi yang macam-macam tu.

Anak-anak ni sangat mudah belajar, dan sangat mudah menyerap. Apa sahaja yang berlaku depan mata dia ingin tahu. Aku kadang pon naik fedup jugak bila asik tanya 'itu apa?' 'kenapa macamni?' 'kenapa macamtu?' dalam hati, kalau aku jawab pon bukan dia faham! adehhh....tapi sebenarnya, itu adalah sikap yang bagus sebab bile anak-anak bertanya means sel-sel otak mereka sedang berhubung!iyerrr...hahahaaa.... macam iklan kat tv tu kan...so, Jawapan kepada si anak perlulah sangat kreatif dan mudah difahami.

Si bapa sangat jarang ada di rumah, akibat kekangan kerja. Dah lewat malam kadang baru sampai rumah. Tanggungjawab aku sebagai ibu, kena selalu mention yang kita kena sayang abah banyak-banyak walaupon beliau jarang ada dirumah. Pendekatan yang aku ambil, kejut anak seawal mungkin sebab nak cipta masa bagi bapa dan anak bersama. Bergurau senda, mandi, makan dan main-main walau sekejap itu akan diproses dalam minda si anak sepanjang hari. 

Bila balik sebelah petang, soalan pertamanya adalah 'mana abah?' itu menunjukkan kegembiraan pagi tadi masih tersimpan dalam ingatannya. So, dia menunggu waktu petang(balik) untuk sambung bermain/bergurau senda dengan si bapa. Tapi si ibu pulak kena bijak bermain dengan kata-kata. Biasanya aku akan jawab, 'abah belom balik...abah balik lewat...abah kan kerja...kenapa abah kena kerja? Sebab abah kerja... nak beli susu, nak beli pampers...nak beli mainan...kan? Kamu suka minum air sedapkan (vitagen)?'

Ayat ini akan membuatkan dia terdiam dan berfikir...sejenak dia akan faham dan diam...Tapi jangan serik, soalan ini akan berulang menjelang setengah or sejam or sehari or else...Jangan jemu...Wahai ibu...bagi jawapan yang sama untuk setiap soalan yang sama yang keluar dari mulut si anak...insyaAllah, dia akan faham....

Sekarang, bila die tanye soalan tu pada aku...aku belom sempat nak menjawab, dia sendiri dah jawab...'abah kerja kan ibu? kesian abah...nanti abah balik abah penat....' hahahahaaaa....okkeyyy...ayat yang selebihnye tu aku tak pernah pulak aku ajarkan...Tapi ok la, aku lega, moga-moga dia tahu, walau abah jarang ada masa yang banyak untuk dia, itu adalah dek kerana 'kekangan'....Wallahualam...

Aku bukanlah pakar kanak-kanak dan mungkin tak sesuai untuk berbicara hal ini. Setiap ibu bapa ada cara mereka tersendiri untuk mendidik si kecil. Dan aku juga belajar dari pengalaman insan-insan dikeliling aku. Apa-apa sahaja yang dikongsikan, yang baik aku jadikan teladan dan yang kurang itu aku jadikan sempadan. Tapi perkara utama yang perlu di ambil kira sebelum bermula adalah mahu bersusah payah sekarang, atau dikemudian hari. Fikir-fikirkan.


Itu dia secomel ibu... ||Azeyan Nur Qistina||






 
Images by Freepik