Friday, 13 March 2015

Resepi Best || Kek Coklat Moist Dengan Topping Coklat

Pepagi dah meroyan tengok gambo kek...aduiii...dah lame tak buat nih...tekak dah teringin...resepi ni aku olah dari internet...sumber pelbagai...aku susun ikut senang aku nak ready bahan and buat kek...senang sangat-sangat...semua orang boleh buat...even kakak aku yang memang malas nak buat katenye...pon boleh buat...hehehe...gara-gara anak-anak die rajin membaking macam aku...hewhewhew...jom kongsi ilmu dan resepi...layanzzz....

ini kek raya haji tahun lepas bawak g uma mertua || nice sangat


KEK COKLAT MOIST DENGAN TOPPING COKLAT

Bahan A (masak dengan api sederhana hingga sebati & sejukkan)
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan minyak/mentega cair
1 cawan susu cair/air panas
½ cawan susu pekat

Bahan B (dipukul sikit)
Telur 2 biji

Bahan C (ayak)
1 ¼  cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Topping (double boiling-masak atas air mendidih)
1 ½  cawan coklat masakan
1 sudu mentega
1 cawan whipping cream/ susu segar
1 sudu gula (utk kurgkan rasa pahit coklat)

Penyediaan
       Campurkan bahan A, bahan B dan bahan C.
       Kukuskan selama 15-20 minit.
       Sejukkan dan letak topping.
 Tabur hiasan ikut kesukaan masing-masing.
(Kalau tak nak letak bahan B pun boleh juga)

Note: Bakar boleh....kukus pon boleh...(^_^)
Sukatan gunakan cawan/sudu metrik ye...barulah tepat...

Meh la pakat buat kek coklat...simpan dalam peti ais lagi feeling rasa die...hmmm...nyum...nyum...




Thursday, 12 March 2015

Shaklee || Mighty 3 Gems / Set Berpuasa

Al-kisah di pagi hari yang hening...bertenaga dan bersemangat gittewww...dengan shawl baru...ngeh...ngeh...ngeh...tapi bukan nak citer pasal shawl...nak citer pasal sahur...biasa sahur mesti nasi...sekarang dah cuba altenatif lain memandangkan aku adalah seorang ibu yang bekerja...semua nak cepat...lagipon sebagai bonus, inilah diet terbaik bagi aku!!!

Mighty 3 Gems from shaklee : aku suke!
Tadaaaa...ini die...produk shaklee lagi...mesti ada yang bosan bile sebut pasal shaklee...heheheheee...aku tak marah pon...sebab dulu aku pon camtu...ini saje je nak share benda baik...barang baik...di musim-musim panas kering macamni, dengan nak ganti puasa yang menimbun tu, seharusnya aku memerlukan sesuatu tenaga/makanan tambahan supaya aku tak dehidrat etc.

Mungkin pada zahirnya orang akan kata, 'same je makan nasi or makan suplemen, at last tetap terasa lapar'. Betul...itu memang tak salah. Tapi keperluan makanan tambahan untuk tubuh badan, kita tak nampak. Itulah tenaga tambahan yang diserap dengan pengambilan set kat atas tu...aku panggil energy booster je...Kalau bulan ramadan memang meletop-letop SID akan promosi set ni. Sebabnye, set ni adalah altenatif terbaik okey...

Ini baru bulan Jamadil Awal tapi aku dah sibuk citer pasal puasa? hehehe...memang la...sebab ramadan tahun lepas aku berpantang...makanya memang jenuh la nak mengganti...ok, jom share agak-agak sape yang perlukan Mighty 3 Gems ni terutama ketika puasa?




Eh???aku ni dah macam promote barang lak kan...hikhikhikhik...aku memang SID...tapi lebih kepada makan sendiri. Sebabnya aku tak bape reti nak promote-promosi nih...tapi kalau nak share benda-benda baik nih memang okey sangat. 

Performance : Minuman isotonik || Membantu mengekalkan bendalir dalam tubuh

ESP& Mealshakes : Minuman Berasaskan Soya || Kenyang, boost milk, protein

Banyak plak nak citernye kan. Itu serba sedikit yang aku tahu la. Harga? 

Retail Price :
Performance RM82.50 (539g)
Meal Shakes RM113.75 (544g)
ESP RM150.00 (850g)

 
Nampak macam mahal kan? Kenapa mahal? Dah tentu la sebab bahan-bahan yang digunakan adalah yang terbaik dan berkualiti tinggi. Sama la macam contohnya : Myvi 1.3 dan 1.5 kenapa beza harga sedangkan ia adalah jenama dan bentuk serta nama yang sama? Dah tentulah ada bezanya kan? Bukan saja-saja mereka jual harga mahal...(^_^)

Kalau nak sembang Shaklee boleh je...tak semestinye kena beli...sharing is charing...


Tuesday, 10 March 2015

PAP Smear | Saya sudah, anda bagaimana?

 
 ini contoh gambar bagi prosedur pap smear : ihsan gambar dari pakcik google



Hari ni nak citer pasal pap smear.hmmm...anak dah 2 baru ada kekuatan nak g test. Hehehe...aku yakin dan pasti yang kebanyakan ibu-ibu kat malaysia ni punyai rasa yang sama macam aku. 1st takut (ntah ape yang ditakutkan pun tak tahu) 2nd segan (ini sebenarnya yang utama)...kaaannn...

kihkihkih...jangan nak tipu...rata-rata kawan-kawan yang aku tanya, itulah jawapannya...

Penting yer wahai ibu-ibu untuk buat test ni. Jangan risau, sekejap je...cuma malu tu yang lebih...sebenarnye bila ade rasa malu tu makne nye kita normal ye tak?hihihi...pelik tu kalau tak malu...

Kononnye dulu nak test lepas bersalin anak 1st. Tapi takde kekuatan. Setiap kali gi checkup anak, mesti tanya nurse pasal pap smear. Pastu bile dah pindah umah, sibuk call KK putrajaya sebab dekat dengan opis so macam senang sikit nak pegi. Tanya itu ini macam esok nak test! hahahaaa...propa okey...takde maknenye...akhirnya preggy anak 2nd... 

al-kisah di hospital serdang, mase nak deliver baby tu pakar O&G pesan berkali-kali dengan tegas supaya aku buat test ni dan juge ibu-ibu lain...dari situlah aku tahu memang ia SANGAT-SANGAT penting...alhamdulillah...dah lepas pun...macam ape je rasa...berdebar-debar macam nak g exam hokeyy...now, tengah tunggu result...moga-moga tiada apa yang pelik...moga aku sihat-sihat aje... :)

Kalau tak konfiden nak g tu...telefon lah dulu KK berdekatan untuk kepastian jadual dsb. Atau g je klinik swasta-kawan  kate RM 25 je untuk pap smear(katenye laaa...) 

ini aku share kan maklumat (aku copy & paste) dari laman web http://myservik.gov.my 

BACA ni tau! info yang sangat berguna...(^_^)

Pap Smear


  • merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.
Adakah ujian itu menyakitkan?
  • Tidak menyakitkan.
  • Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.
Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.
Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.
Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?
  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan.
  • Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
Bilakah saya mendapat keputusannya?
  • Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
  • Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.
Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
  • Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.
Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)
Apakah makna keputusan tersebut?
  • Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
  • Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
  • Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
    • Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
    • Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
    • Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
  • Apa yang patut dilakukan seterusnya :
    • Rawatan susulan
    • Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
    • Jalani pemeriksaan kolposkopi
Apakah itu kolposkopi?
  • Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
  • Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
  • Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  • Kurang menyakitkan.
  • Sesetengah orang merasa tidak selesa.
  • Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
  • Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
  • Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
  • Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Rujukan.
  • Ministry of Health, 2002. National Cancer Registry Report
  • Ministry of Health, 2002. Annual Report
  •   Ministry of Health, 2003. Clinical Practice Guidelines - Management of Cervical Cancer




Friday, 14 November 2014

TADIKA SEAWAL 4 TAHUN

Semenjak menjadi ibu kepada 2 kiddos ni rasa aturan hidup lebih kelam kabut…hehehe…bukan sebab kiddos. Tapi sebab memang aturan hidup aku tak penah teratur. Si kakak sudah pon 3 tahun 9 November lalu. 

Alhamdulillah…membesar dengan bijak. Budak-budak sekarang memang bijak la aku tengok. Apa saje yang didepan mata cepat je masuk otak. Bila balik taska, soalan pertama yang aku tanya ialah hari ni makan ape? Elok je jawab. Kadang nasi, kadang mee… Dan soalan seterusnya adalah hari ni kat taska buat ape? Jawabnye tengok tv. hmmm…hari-hari tengok tv…kat uma pun tv… 



 memang susah nak snap gambar my little princess nih...(^_^)

Dulu cadangnye nak masukkan tadika bila dia dah 5 tahun je nanti. Tapi bila fikir-fikir balik, pertamanya dekat sini tadika memang banyak tapi yang berkualiti, tak tahu…memandangkan jumlah ambilan setiap tadika terhad dan mostly amik dari umur 4 tahun, aku rasa ada eloknye Qistina masuk tadika seawal  4 tahun (walau hakikatnya baru 3 tahun dua bulan…huhuhu…) So, esok masa 5 tahun tak yah berebut nak cari tadika mane…silap2 dapat yang jauh or yang susah/leceh nak hantar. 

Keduanya, sementara ‘sel-sel otak sedang berhubung’ ni bak kata iklan susu tu…baiklah diisi dengan ilmu yang bermanfaat memandangkan dekat uma masa bersama ibu bapa sangat terhad. 

Walaupun tanggungjawab semua ilmu pun adalah di atas ibu bapa, tapi tak salah ditambah dengan didikan daripada guru-guru yang bertauliah…InsyaAllah moga jadi budak baik…Tadika yang aku nak hantar ni TADIKA SEJUTA BINTANG, BANDAR SAUJANA PUTRA di bawah program Little Caliphs. Kita tengoklah nanti ye apa perkembangannya nanti. 

Sekarang ni pun baca doa dah ada bunyi (walaupun tak jelas sebutannya…ok la ibu dia boleh faham…) Doa makan, doa naik kenderaan, doa nak tidur, al-fatihah, selawat, ‘laqad jaa-akum’. Doa ibu pula, moga-moga anak-anak ibu menjadi hamba Allah yang taat perintah-Nya, sentiasa doakan ibu dan abah kamu. 


yanidaim : bersyukur dengan nikmat-Nya...Dia menjanjikan lebih nikmat...(^_^)


Thursday, 30 January 2014

teRcEKik tULaNg iKaN

Kisah tercekik tulang ikan...beberapa tahun sekali barulah terjadi...tapi sekali kena memang 'parah' la nak menelan bagai...Kali terakhir aku tercekik tulang ikan nih masa aku kerja kat Hospital Seremban tahun 2008...bertahun dah...oleh kerana masa tu aku yang jaga nombor untuk setiap klinik pakar, opismate cadangkan aku g klinik pakar ENT untuk keluarkan tulang tu setelah melayan karenah aku hari-hari dok bising-bising 'kesakitan'...sebenarnya aku takut nak g jumpa doc, tu yang bertangguh sampai la 2 minggu...hmmm...tak susah pun, doc buat tak smp 5 minit pon...lepas jolok-jolok tekak aku, dia amik penyepit dan sepit tulang tu keluar...hahahaaa...dalam hati aku, 'itu je???'

Tapi itu dulu, ini kisah 4 hari lepas...on the way balik dari Pangkor singgah la makan kat tepi jalan tu makan tengahari...aku amik lauk ikan keli masak lemak cekur...sambil makan aku tengok tv...cam bes je aku layan la kejap...anak aku biarkan ngan abah die...lepas makan, dalam kete aku terkial-kial baru perasan ade tulang tercekik kat tekak...hmmm...start la ketidakselesaan berlaku di situ...malam tu aku tak makan pun sebab takut sakit...mana taknye telan liur pun seksa...esoknya g keje aku cite kat membe dok gelak-gelak sebab tercekik tulang keli...(dorang kata macamana la agaknya kalau makan terubok or ikan banyak tulang lain...ikan keli pon leh tercekik??ekk...errr...)

Sebab aku mencari alasan untuk tidak berjumpa doktor...aku search la petua-petua yang boleh digunapakai kat pakcik google...macam-macam blog aku bukak...dan macam-macam petua la yang aku jumpa...sampai gelak-gelak aku dibuatnye sebab memang macam ada yang tak masuk akal...ini aku kongsikan yang macam menarik perhatian aku...

**Petua-petua ni aku kumpul dari pelbagai sumber dari internet...jom tengok...
(Jangan lupa baca bismillah & selawat ke atas Nabi S.A.W)

1.   Kepal-kepalkan nasi suam dan telan (jangan kunyah)

2.   Gumpal pisang ngan roti, telan ngan air (jangan kunyah)

3.   Minum air dari senduk kayu (ade juga yang cuba dengan senduk plastik)

4.   Minum air dari tudung periuk

5.   Baca doa Nabi Nuh 'Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin' sebanyak 3x

6.   Pegang kaki kucing, halakan kuku ke leher dan urut-urutkan pada tempat tercekik tulang tu...(ini yang aku dok tergelak sakan tu...tapi memang betul...ada yang mengakui menjadi...hehehe)

7.   Baca doa ni :





Doa Tercekik Tulang

Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku”,

(Surah Isra’ : Ayat 80)

Bacakan doa ini sambil mengurut bahagian halkum atau bahagian yang tertusuk duri. Ulangi sebanyak 3 kali sehingga 7 kali bacaan. Lakukan secara istiqomah. Kita berikhtiar, mudahan-mudahan Allah kurniakan kesembuhan. InsyaAllah.



Aku try yang paling mudah, 1st memang aku buat nombor 7 la...sebab paling senang...buat dengan ikhlas ye...yakin pada Allah, insyaAllah...then balik uma aku telan pisang sampai 2 biji...hahahahaaa...malam tu masih 'menderita' jugalah dan kecewa je rasa sebab macam tak menjadi...tapi bila bangun tdo then g keje, sarapan...pas sarapan tulah baru aku perasan yang dah tak ada lagi rasa sakit tu...Alhamdulillah...akhirnya...itulah...sebab rasa tak sabar, cepat sangat pasrah dan rasa kecewa tu...nauzubillah...so, tiada yang mustahil yang penting cubalah...hehehe...(^_^)

Thursday, 23 January 2014

rESePi aPAm BeRAs

Ini percubaan pertama yang aku buat... Resepi apam beras ni aku dapat daripada Badariah Delights dan sangat-sangat mudah. Siap buat berniaga lagi...Alhamdulillah customer suke...

Aku malas nak potong-potong (biasa kan orang letak dalam loyang pastu potong) sebab tu la aku masuk dalam acuan siap-siap...Kuar terus hidang or kuar trus ngap! Heheheheee...

nampak gebus kan???bukan nampak jer...memang gebu pun...tak caya, cubalah...


APAM BERAS

Bahan – bahannya :
Bahan A
•  1 3/4 cawan gula
• 2 cawan nasi
• 2  1/2 cawan air
• pewarna

Bahan B

• 2 cawan tepung gandum (diayak)
• 2 cawan tepung beras
• 1 sudu kecil yis (mauripan)

Bahan Tambahan

• kelapa parut dgn sedikit garam


Cara-cara :


1. Blendkan Bahan A(masukkan pewarna kemudian jika mahukan warna-warni).
2. Dalam bekas lain, satukan Bahan B.
3. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B dan kacau sehingga sebati.
4. Tutupkan (seeloknya dengan kain lembap) dan perapkan  selama 3 jam.
5. Adunan akan naik sekali ganda, masukkan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit.
6. Sejukkan dan hidangkan dengan Bahan Tambahan.

**Pastikan pengukus dibalut dengan kain untuk mendapat permukaan apam yang licin. Tujuan balutan kain adalah untuk menghalang air wap dari menitik ke atas kuih yang dikukus.


**Jumlah apam yang terhasil adalah bergantung kepada saiz acuan yang digunakan…kalau yang saya buat ni dapat 50-60 biji bagi satu adunan…(^_^)

Ini sebelum dikeluarkan dari acuan...pon saya nak tayang juge...hehehe...

Monday, 13 January 2014

pReGNaNT vs oSTeMAtRiX

Alhamdulillah...kandungan mencecah usia 17 minggu...lebih kurang 4 bulan dah...
excited sangat bila pregnant lagi nih...lebih-lebih lagi kakak dah dua tahun...dah boleh diharap kot nanti...hehehe...feeling sama macam pregnant anak sulung dulu...
morning sickness sederhana la...boleh dikawal pun...asalkan tidak dilayan sangat, insyaAllah...ok je sumenye...ada terbaca dekat babycenter.com, morning sickness bagus sebab boleh mengurangkan risiko keguguran...jadi bersyukurlah cuma kadang-kadang tu kerap jugalah mengadu-ngadu ngan husband sebab letih mengawal perasaan dengan si kakak yang kerap buat perangai...abahnya pulak kerap balik lambat sebab kekangan kerja...secara positifnya, kena fikir Allah Maha Mengetahui...

Selain obimin yang doktor bagi dari klinik kesihatan, aku lebih suka amalkan vitamin tambahan dari Shaklee sebab aku ahli, jadi inilah masanya untuk experimen tuk diri sendiri sebelum dok sibuk canang-canang suh orang pakai...set yang sesuai nanti aku share lain...

Ostematrix - satu botol ni boleh tahan sebulan


yang aku teruja sangat nak kongsi ialah Ostematrix nih..a.k.a kalsium sebab ibu mengandung memang sangat-sangat memerlukan kalsium...macam aku yang jarang-jarang minum susu ni memang agak susah la tetibe asik kena telan susu hari-hari...jadi, ostematrix ni memang sangatlah membantu...tambahan extra yang aku dapat pulak, senang je nak 'membuang' pepagi apetah lagi aku nih 'penghidap' sembelit mutlak...huhuhuuu...Alahmdulillah, memang lega lancar je...

Dan aku harap Ostematrix ni jugak akan berguna masa aku bersalin nanti insyaAllah...sebab mase anak sulung dulu, pas bersalin aku tak boleh nak berjalan pun(sebab buasir) apetah lagi nak membuang dengan keadaan sembelit...boleh sampai 1 jam aku 'bertapa' dalam 'uma kecik' tu...paling seram memikirkan sembelit vs jahitan...(masa tu tak consume Shaklee lagi...tak kenal pun...huhuhuuu...)

 
Images by Freepik